Isnin, 2 Oktober 2017


Saya seorang pelajar yang berusia 16 tahun di SMK Sentul. Saya seorang yang pemalu, seorang yang memendamkan perasaan dan sukar untuk memulakan perbualan dengan orang lain. Saya merupakan anak tunggal, mungkin inilah sebab utama yang telah membentuk personaliti saya. Saya ingin merasa perasaan apabila mempunyai adik-beradik. Apabila melihat telatah kawan-kawan bersama adik-beradik mereka, saya amat iri hati terhadap mereka. Namun semua itu saya pendam dalam hati walaupun saya tidak selesa dengan perasaan saya.